Monday, March 2, 2015

Sekolah Baru


Bismillahirahmannirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


Segala puji bagi Allah, Alhamdulillah kerana Allah telah membawa diri dan hati ini ke sekolah baru... terima kasih kepada seorang sahabat yang tidak jemu-jemu mempromosikan pada aku untuk hadir, untuk pertama kalinya aku hadir, kelas dibatalkan saat akhir. Aku dah sampai depan tempat tersebut, siap bawa seorang lagi sahabat untuk tuntut ilmu... mase tu dah nak magrib.. dia kata kelas batal ke.. dia terpaksa balik kerana ada urusan yang lebih penting...

Sewaktu melangkah pertama kalinya... nampak sekolah baru berkunci... rupanya masih belum terbuka dan tak terkunci pun... ada beberapa ekor adik sedang menanti diperkarangan.. eh macam penjaga tempat  je budak budak ni.. and tahu time ni akan ada melangkah ke sana... 

Masuk ke dalam... Allahu... tempat yang comel dua tingkat, tingkat kedua untuk muslimat, khas ada tempat naik dan tidak nampak oleh sang akhi.. rasa sangat selamat.. tempat ini comel dan sangat selesa... macam rumah...

Malam tu aku pergi dan balik tanpa pengisian.. terus tanam dalam hati, mungkin ini sekolah baru ku yang mungkin akan aku datang selalu... amin... dua hari berikutnya ada kelas yang dianjurkan di sekolah baru tersebut.. Allahu...sangat lunak akhlak anak murid sekalian, banyak penuntut di sekolah baru tentunya yang lebih lama dan banyak ilmu yang ditimba... semua murid akan bangun kalau gurunya sampai... untuk sekian kalinya aku jadi terpinga... owhh kene bangun ke??

Bila aku sibuk nak bangun semua orang dah sibuk nk duduk kembali..Allahu..macam macam perangai... owhh gurunya seorang lelaki yang sangat lemah lembut.. suaranya perlahan, intonasinya sangat menyenangkan... tiada anak murid yang bising ketika itu... tiada gelak ketawa... yang paling tak boleh lupa ialah aku mendapat teguran kerana tergalak gelak.. maklumlah bila kelakar kita akan gelak kuat kuat macam kita bukan berada dalam majlis ilmu.. huuu ampunkan saya kerana tidak tahu..

Kelas pertama sahaja aku telah menuntut beberapa ilmu yang sangat berat pada aku..sifat dua puluh...dengan menggunakan kitab Sirajul Huda...baru kupasan kali pertama.. allahu rasa terus jatuh cinta.. kupasan yang tidak mengikut skript, ilmu yang dikongsi bagai tercurah-curah...dan sangat bermanafaat.. semoga Allah limpahkan kurnia dan berkati segala ilmu yang dituntut, semoga Allah berikan kesihatan yang berkat dan baik untuk tuan guru kami Tuan Guru Sheikh Ibrahim Ibn Masran Al Banjari Hafizullah Taala..

Semoga Allah berikan daku dan kalian semua untuk bermujahadah untuk menuntut ilmu... semoga Allah berkati setiap bait ilmu yang dituntut dan semoga jadi ilmu bermanafaat kelak.. insyaAllah..


ps- sekolah baru kita nama pondok ledang, berada di Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda..jom..
kelas akan berlangsung setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.. selepas isyak.. jom tuntut ilmu sama sama... 
  
(sumber: http://aburazeen.blogspot.com/2014/11/peta-pondok-ledang-dan-alamatnya.html)


Sunday, January 11, 2015

Dua Ribu Lima Belas, 2015


Masih tak terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru? what? still berada di takuk lama? merayakan tahun baru masihi dan bukan hijrah??

Owhh.. malu rasanya masih berada di tahap ini saat ini, tapi tetap bersyukur walau ada sekelumit pembaharuan kebaikkan..

Ayuhlah, buatlah kebaikkan walaupun sekecil biji sawi kerana ianya akan dikira waktu kita dikemukakan di muka pengadilan nanti..

Tahun ini mulakan dengan syukur,
sebab dengan syukur Allah akan tambah nikmat apa yang awak syukuri...
walaupun sedikit...

Alhamdulillah Allah masih beri saya nafas hari ini,
kamu juga begitu.. ayuh marilah kita bersyukur.. agar dengan nafas yang Allah beri ini akan diberikan kita peluang untuk terus beribadat dan taat kepadanya..

2015 itu tahun masihi.. kalau ikut hijriah mungkin umur kita dah bertambah +-1-2 tahun..maka sebenarnya kita dah semakin tuaa... hmmm

Jomlah kita bersyukur dan ajar kepada arah kebaikkan insyaAllah :)

Till then,
Assalamualaikum