Thursday, June 9, 2016

Ramadhan Bulan Kemuliaan

Bismillahirahhmannirrahim


Allahuma Solli Ala Saidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabaraka wassalam



"Jangan pernah berbangga dengan amalan kita... kita boleh baca quran sebanyaknya di Bulan Ramadhan... Jangan pernah kita membongkak dengan bilangan selawat yang kita buat...

semua ini adalah daripada Allah.. kerana Allah yang membolehkan untuk kita beramal... sesiapa yang bergantung kepada amal, amalnya boleh ditarik semula.. bergantunglah kepada Allah...

Beradablah dengan Rasulullah saw... jangan lupa saat beramal.. sayangi baginda.. santuni baginda.. buat Sunnah baginda..semoga menjadi asbab untuk kita menjadi baik... "


Sollu alan Nabiy...
Ya Habibi Mustafa..

Wassalam,

Monday, June 6, 2016

Ramadhan Kareem

Bismillahirrahmanirrahim

Allahuma Solli Ala Saidina Muhammad, Waala alihi wasohbihi wabaraka wassalam..


1 Ramadhan 1437

Perjalan sebagai seorang murid semakin mencabar bila datangnya Bulan Ramdhan Mubarak ini.. Allahu... tak mengapa hanya senyuman dan doa yang mampu dikirim bersama dugaan tersebut..

Semoga Allah memberikan kita semua hidayah dan taufik dalam mencari keredhaannya.. Di dalam bulan Ramadhan, berbuat yang wajib akan dapat 70 kali ganda manakala sekiranya kita berbuat yang sunat akan dinaik taraf sebagai amalan wajib.. Subhanallah.. Allah Maha Sayang pada kita semua umat Nabi Muhammad saw.. semoga bulan Ramadhan ini membawa seribu keberkatan dan keredhaan Allah insya Allah.. :)

Masih tetap berdiri dengan kuasa dan izinNYA.. :)